Sunday 24 June 2012

Little Warmers With Maher Zain - Favourite Songs



Its been so long am away from this 'blogging' world since shift to new school.. today, i wld like to share my fav singer, Maher Zain's new songs...officially ma favourite <3 <3 <3 <3 <3 enjoy =}

So Soon...the most fav..

Number One For Me..

Ku MilikMu.. the best Malay song ever..hihi...

LOVE YOU MAHER ZAIN ='))

Sunday 15 January 2012

TAHUKAH ANDA?

PELIK TAPI BENAR

1. Di zaman Rome, air kencing lelaki diniagakan sebagai produk pewarna rambut, dan ada ketika mereka menggunakan air kencing manusia sebagai ubat gigi.

2. Viking, setelah membunuhnya, mereka menggunakan tengkorak kepala sebagai alat untuk minum.

3. Terdapat spesis burung yang menyalak seperti anjing. Burung ini dipanggil Antpitta avis canis Ridgley.

4. Harimau mempunyai kulit yang berbelang, dan bukan sahaja bulunya yang berbelang.

5. Tidak seperti katak, kodok tidak boleh melompat.

6. Ayam lebih banyak di muka bumi berbanding manusia.

Kebanyakan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

8. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

9. Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mrengubati luka di kulit atau terbakar.

10. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud ''ya'' dan mengangguk bermaksud ''tidak''.


Sumber : Diari Islam 2012.

kaki tampal : sebelum pergi ke Albania, pastikan anda praktikkan diri anda dengan aktiviti geleng dan angguk kepala..hehe

Wednesday 11 January 2012

ANTARA MANUSIA DAN SYAITAN


Suatu hari seorang pemuda berjalan di kota. Syaitan pun mengikutinya. Apabila masuk waktu Fajr, pemuda itu tidak solat sehinggalah waktu-waktu seterusnya. Selepas Isyak, syaitan berkata kepada pemuda itu, ''Mulai sekarang kita berpisah. Aku tak mahu ikut kamu lagi,''. Lalu tanya si pemuda mengapa. Syaitan menjawab, ''Aku TIDAK SUJUD kepada Adam a.s. SATU KALI sahaja dan Allah swt MELAKNATku. Kamu sudah TIDAK SUJUD sebanyak 34 KALI hari ini sahaja kepada Allah swt, Tuhan kepada Adam a.s.. Aku tidak tahu bagaimana nasibmu kelak. Mari kita renung dan muhasabah sahabatku semua. Sebarkan.


Sumber : FB FanPage Sham Kamikaze

Wednesday 4 January 2012

10 PERKARA YANG SIA-SIA

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, yakni :-


1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.


2. Orang yang kerapkali membaca Al-Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.


3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid.


4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.


5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota , kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.


6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.


7. Dua orang laki-laki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.


8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.


9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.


10. Orang yang tidak menyedari tetangganya merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya sendiri.



Big Boss : Jom tingkatkan amal baik kita untuk bekalan akhirat..mudah-mudahan kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah.. *minta-minta dijauhkan daripada keburukan..*








Sumber : Diari Islam 2012