Wednesday 30 November 2011

Muhasabah: Selangkah Ke Belakang #2 (JURNAL)

OPS! Belum baca bahagian 1? Sila klik sini --> Muhasabah: Selangkah Ke Belakang #1

******************************************************************************************
Dah baca bahagian 1? selamat 'bersambung' ;)
******************************************************************************************

Terus menggerakkan angan dan cita

Bila hampir putus asa

Tuhan tunjukkan jalan-Nya

SMKSB. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Semua orang belajar untuk menyesuaikan diri masing-masing dengan suasana sekolah menengah. Masing-masing cuba mencari rakan, cuba mencari tumpuan. Maklumlah, bila sekolah rendah semua cikgu ingat nama kita. Sekolah menengah adalah kehidupan baru. Saya, Aina dan Ayuni tidak sama kelas. Mencari sahabat adalah satu kekangan bagi saya kerana saya tidak petah berbicara. Hari pertama bayangkan, saya cuma sembang dengan kawan sebelah sahaja. Itu pun dia yang tanya. Namanya Nur Syahirah. Masih berkawan sehingga ke hari ini. Walau apa pun, menjadi sebahagian daripada Badlishans adalah sesuatu yang menggembirakan. 



Waktu itu, dunia penulisan saya agak tergantung. Saya terkontang-kanting dalam suasana baru. Tahun 2009 itu juga adalah tahun pertama di mana saya mula melibatkan diri dalam kancah blogging. Insan yang memperkenalkan dunia blog kepada saya ialah guru ICTL saya, Cikgu Izwanzuhairi. Meskipun dia mungkin tidak ingat bahkan dia mengenali pun saya sekarang ini, saya tetap akan mengingatinya. 

Tingkatan dua. 2010. Tahun itu adalah tahun yang paling bermakna kepada saya. Tahun novel saya diterbitkan. Tahun saya mengenali erti kesusahan. Tahun saya mengenal proposal, manuskrip dan pruf. Saya tidak akan melupakan juga insan-insan yang menarik saya ke dalam dunia penulisan. Cikgu Norhazany Hamzah, Encik Zakaria Sungib dan akhi Hilal Asyraf. Mereka membawa warna pada hidup saya. Tidak lupa pastinya yang memberikan dorongan, mum dan ayah. 

Cikgu Hazany, guru bahasa melayu saya. Beliau suka bercerita kisah-kisah menarik dan panjang lebar dalam kelas. Saya suka mendengar cerita-cerita beliau. Setiap kali peperiksaan, saya selalu mendapat markah tertinggi dalam bahasa melayu, juga bahagian C iaitu bahagian karangan. Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, sama sekali tidak. Cikgu Hazany selalu puji saya. Namun hanya kepada Allah segala pujian itu diserahkan. Allah yang berikan saya sedikit kelebihan. Allah yang gerakkan saya. Alhamdulillah.

Saya rasa terdorong dengan segala dorongan Cikgu Hazany. Beliau pernah kata, “Nanti kamu cubalah terbitkan buku pula, Nurina.” Dan saya pegang kata-kata itu. Suatu hari, saya terjumpa majalah Anis. Ada tawaran menerbitkan buku dalam satu kolum majalah itu. Maka saya pun cuba bersuara kepada mum menyatakan hasrat saya. Alhamdulillah, mum bersetuju. Saya dengan semangatnya meneruskan penulisan novel pertama. Ketika Encik Zakaria beritahu proposal saya diterima, cuma Tuhan yang tahu betapa gembiranya saya ketika itu. Encik Zakaria, seorang penulis yang disegani, banyak membantu saya dan membimbing saya. Saya menulis sesuai dengan iringan beliau. Tetapi takdir Allah SWT, bila Dia berkata jadi maka jadilah. Komputer saya diserang virus. Pendrive juga turut rosak. Semua hasil kerja saya sebanyak 80% hilang begitu sahaja. 

Dalam diam, entah kenapa, titisan air mata tidak berhenti mengalir. Ya, saya menangis. Saya kecewa. Saya buntu, dan segala macam lagilah. Tarikh dateline cuma dua minggu lagi. Mum suruh saya beritahu Encik Zakaria, editor saya supaya minta masa untuk tangguh. Saya mendiam. Saya malu minta tangguh. Tidak pernah menyangka hal sebegini akan terjadi. Saya berdoa pada Allah. Pada ketika itu saya berkata, “Allah, bagilah penyelesaian semua ini.” Cuma itu yang sama minta. Cuma itu doa saya. 

Kemudian saya menerima kiriman emel daripada Encik Zakaria memberitahu tentang bengkel penulisan yang bakal dikendalikan oleh penulis Hilal Asyraf. Jujurnya, saya tidak tahu pun siapa Hilal Asyraf ni. Mum hantar saya ke bengkel penulisan tersebut. Subhanallah, semuanya tergerak di situ. Allah benar-benar membuka mata saya melalui Akhi Hilal. Berusia 21 tahun, beliau sudah menerbitkan lebih kurang lima buah buku dalam dua tahun. Beliau mengajar dan membimbing saya dalam dunia penulisan. 

Melalui satu bengkel, hati saya benar-benar tergerak. Beliau juga seorang blogger seperti saya. Tetapi jauh seribu kali lebih bagus daripada sayalah. Beliau mengajar cara berdakwah melalui penulisan. Banyak yang saya pelajari. Saya jadi kagum dengan akhi Hilal. Saya hendak membeli semua buku beliau yang dijual di bengkel itu, tetapi saya bukannya banyak duit. Saya cuma beli VT, Sinergi dan Remaja Mulia. Jujur. Saya sangat, sangat suka penulisan beliau. Ketika di bengkel itu juga saya bertemu Encik Zakaria. Mum suruh saya nyatakan hasrat minta tangguh. Dan saya geleng. Saya bertekad untuk memulakan dan menghabiskan semua ini dalam masa seminggu lagi yang tinggal.

Balik daripada bengkel, alhamdulillah, Allah kembalikan semangat menulis saya yang pernah hancur dulu. Saya seolah-olah boleh dengar Allah kata, “Kau minta penyelesaian, Aku berikan.” Subhanallah. Allah itu Maha Penyayang dan Maha Kuasa. Dalam masa seminggu, alhamdulillah saya berjaya menghabiskan novel pertama. Tetapi editor saya telah digantikan dengan Encik Amir yang baru bekerja di Galeri Ilmu. Tidak mengapa, asalkan dakwah saya boleh diterbitkan. Novel Single Unavailable diterbitkan sekitar Disember 2010.

Tahun 2011, saya susuli pula dengan penerbitan novel Idris dan Alif Ba Ta. Tahun ini juga, satu cabaran hebat bagi saya. Hari pertama persekolahan sahaja sudah mendatangkan cabaran besar. Cikgu Azizah, bekas pengetua merangkap pendidik saya memanggil saya untuk berucap di hadapan orang ramai. Ada pelajar tingkatan 3-6. Mungkin bagi anda berucap sebegitu cuma perkara kcil, tetapi bagi saya hal ini merupakan cabaran. Saya tidak petah berbicara. Namun saya gagahkan jua melangkah atas pentas, menceritakan tentang dakwah kepada couple. Bila sebut sahaja perkataan itu, orang macam mengejek pun ada. Bunyi macam-macam. Tapi saya teruskan juga ucapan sehingga ayat terakhir. Ucapan spontan.

Selepas itu, di mana-mana orang berbisik-bisik, “Inilah penulis novel tu.” “Itulah novelis sekolah.” Sampai masuk di kelas pun, cikgu-cikgu tegur. Dapat publisiti percuma saja. Malu. 

Saya pernah berjumpa dengan mereka yang meminati karya saya, bahkan ada yang sampai e-mel kepada saya. Ada yang ingin berjumpa, malahan ada yang menjadikan saya sebagai idola. Saya rasa tidak layak. Saya bukannya bagus sangat. Namun saya hargai semua insan yang menyokong saya dan sentiasa menolak saya dari belakang. Saya tidak akan melupakan jasa-jasa anda, insyaAllah. 

Doakan supaya perjuangan saya tidak tersasar. Hari esok masih belum tentu ada, tetapi kalau Allah izinkan saya untuk terus menjejak kaki di atas bumi ini, saya pasti akan berusaha membaiki lagi kekhilafan diri di samping menebarkan ilmu agama melalui al-Quran dan as-Sunnah. Saya ingin menjadi salah satu daripada pejuang Allah. Segala apa yang saya kerjakan, saya harap Allah redha. Perjalanan ini masih panjang…

-Tamat-



Muhasabah: Selangkah Ke Belakang #1 (JURNAL)

Tuan Karya : Nurina Izzati 

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM UKHWAH . entri kali ni berkenaan perjalanan hidup seorang sahabat Ann , Nurina Izzati , seorang penulis muda yang telah berjaya menghasilkan dua buah novel yakni Single Unavailable dan yang terkini Idris & Alif Ba Ta . (dapatkan di pasaran sekarang! :)) Ann melawat blognya dan baca tentang kejayaan dan kesusahannya dalam menempuh rintangan. sangat menarik! sungguh menusuk kalbu (terharu la smpai nak menangis.. :'))
ni baru diri Ann..lau diri Readers mcm mne pulk? okeyh, selamat menghayati ! :)
*****************************************************************************************
Setiap hasil bermula daripada usaha

Ada tangan-tangan yang menghayunkan

Namun tangan Allah jua yang terbaik…

Semalam saya tidur lambat. Membuat sesi berkongsi kisah dan pengalaman bersama adik tersayang. Rakan gaduh, rakan bergelak tawa saya. Semenjak abang masuk UIAM (Universiti Islam Antarabangsa) dan kakak meneruskan perjuangan di SMSKP (Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu), saya cuma mampu curahan dengan adik. Saya bukanlah seorang yang jenis peramah dan sedia untuk berkongsi semuanya dengan orang lain. Saya lebih menyendiri, lebih privasi. Tetapi alhamdulillah, Allah tetap kurniakan saya sahabat-sahabat yang boleh dipercayai untuk curahan.


Saya menceritakan kembali kepada bagaimana proses sehingga saya berhasil menerbitkan novel pertama seterusnya disusuli yang kedua. Biasalah, hendak berjaya pun ada asam garamnya juga. Dalam hidup saya, selain agama, pelajaran, keluarga, guru, sahabat, saya juga fokus terhadap dua benda iaitu penulisan dan blogging. Dan saya melewati kesulitan dalam kedua-duanya. Saya coretkan kisah di blog peneman ini tiadalah melainkan untuk membuat satu lagi perkongsian dengan anda. Bagi saya, hidup adalah tentang perkongsian.

Saya memang minat menulis sejak kecil. Antara cerita terawal yang saya reka sekitar usia enam tahun, adalah sebuah kisah tentang kucing. Ya, saya akui imaginasi saya agak berlebihan ketika itu. Saya menceritakan bagaimana kehidupan seekor kucing yang membesar bersama sebuah keluarga. Agak lucu sebenarnya jika dibaca kembali. Saya masih menyimpan salinan buku (tak pasti jika boleh dipanggil buku) yang berjudul Kisah Siti. Siti adalah watak utama cerita tersebut. Kucing itu pula bernama Hello Comel. Mungkin saya terlalu suka pada Hello Kitty pada ketika itu. Hasilnya ada lah sekitar 20 halaman termasuk isi kandungan dan cover hadapan yang cuma ada tajuk.

Ayah yang mengajar saya menggunakan Microsoft Word. Kadang-kadang, ayah yang bantu saya taip. Ayah hendak saya berdikari dan belajar menggunakan Microsoft Word sendiri. Ketika itu Microsoft Word 2007 dan 2010 belum ada lagi. Saya berasa puas setelah ayah print hasil kerja saya itu. Kenangan pertama saya dalam dunia penulisan, tak akan saya lupa. Kalau ada permintaan, bolehlah saya kongsikan cerita budak enam tahun yang tinggi imaginasi itu di blog. TANPA SEBARANG EDITING. Kalaulah ada orang yang nak baca… ada ke? Bila masuk sekolah rendah, saya cuma sekadar menulis cerita-cerita pendek, ringkas-ringkas dalam buku latihan sekolah. Percaya atau tidak, saya masih menyimpannya sehingga kini. 

Sekolah rendah, saya mula bergerak secara berkumpulan. Saya dan rakan-rakan pengawas yang lain mempunyai minat dalam penyiasatan. Terdapat banyak budak-budak nakal di sekolah, suka cari masalah. Biasalah, nama pun budak-budak. Kemudian entah bagaimana kami dapat idea untuk menulis cerita penyiasatan. Kami menubuhkan kumpulan Sazana, gabungan daripada nama saya dan rakan-rakan iaitu Siti Sarah Safina, Aina Zalia Izzati, Mohamad Zulhelmi, Siti Nur Ayuni, Nurina Izzati (saya) dan Nur Atiqah. 

Sarah dan Ayuni bukan pengawas, tetapi kami bersahabat baik. Kami membahagikan tugas untuk membukukan kisah tentang penyiasatan. Sayang sekali, tidak ada satu salinan pun yang kami simpan. Semua sudah hilang. Ada sekitar 20 buku jika tidak salah. Cuma nipis sahaja. Saya dan Aina Zalia Izzati merupakan penulis cerita. Aina memang banyak imaginasi. Kami sekepala. Cuma bezanya dia banyak cakap sedikit dan saya kurang. Zulhelmi dan Ayuni kami serahkan tugas-tugas printing. Sarah dan Atiqah pula uruskan penyewaan. Penyewaan? Ya, kami sewakan buku-buku tersebut kepada rakan-rakan seusia dengan harga tidak lebih daripada 50 sen pun. Selepas baca, mereka pulangkan kembali dan giliran orang lain untuk menyewa. Alhamdulillah, agak mendapat sambutan.

Ketika itu, saya belum lagi mengenali dunia dakwah dan tarbiah, jadi kami cuma fikirkan keseronokan dan kepuasan hati pembaca. Kami berkongsi cerita. Dan mereka suka. Bersama Sazana, saya lakukan pelbagai aktiviti. Namun disebabkan masalah yang tidak dapat saya kongsikan di sini, Atiqah menarik diri daripada kumpulan dan kami rasa kekurangan seorang Sazana. Alhamdulillah, tidak lama pun kami dapat menarik ahli baru iaitu Azam, sahabat baik Zulhelmi. Kami mula menceburkan diri dalam bidang lakonan. Kebetulan ada minggu English di sekolah. Mana-mana pelajar yang membuat persembahan dalam bahasa inggeris akan diberikan imbuhan. 

Minda saya dan Aina bertembung. Kami tahu apa yang patut kami lakukan. Saya cari buku cerita bahasa inggeris di perpustakaan. Berhari-hari jugalah baru jumpa buku yang sesuai. Cerita yang ingin dilakonkan itu adalah tentang tiga adik-beradik yang termasuk dalam dunia fantasi dan cuba menyelamatkan diri daripada ancaman seekor naga. Azam yang menjadi naga. Saya juga bertindak sebagai pencerita. Ketika hari lakonan, ada peristiwa yang tidak diduga terjadi iaitu Aina tersadung wayar mikrofon di hadapan khalayak ramai. Kalau Aina baca bingkisan ini, mesti dia rasa nak belasah saya. Hehe. 

Selepas lakonan itu, kami teruskan pula membuat buku dalam bahasa inggeris. Lakonan tersebut benar-benar memberikan inspirasi kepada saya untuk menulis. Aina kata dia tidak pandai sangat bahasa inggeris, jadi saya yang menulis ceritanya. Tetapi tidak ada sambutan pun kerana saya dapati pelajar-pelajar pada ketika itu lebih menggemari penulisan dalam bahasa yang mudah mereka fahami. Oh well, saya sembunyi sorang-sorang sebab tak ada siapa nak baca. XD

Ketika hendak memilih untuk ke sekolah aliran apa, saya sempat bertanya kepada ibu bapa. Mum kata masuklah sahaja ke sekolah aliran sains seperti abang dan kakak. Saya tidak membantah meskipun sebenarnya teringin hendak masuk sekolah aliran agama. Saya tidak meluahkan hal itu. Namun hari ini, mencermin kembali di mana posisi saya, saya tidak pernah menyesali hal itu. Saya bersyukur dengan kehidupan saya. Tidak ada ruginya masuk sekolah sains. Sekarang sudah menjadi sekolah kluster pula tu. 

Masuk ke sekolah menengah yang sama ialah saya, Aina dan Ayuni. Sarah sudah terbang ke United Kingdom kerana ibunya, guru yang pernah mengajar saya subjek bahasa inggeris melanjutkan pelajaran di sana. Azam pula bersekolah di sekolah lain. Zulhelmi juga begitu, tetapi tidak lama kemudian berpindah masuk ke sekolah saya. 


*****************************************************************************************



**UNIVERSITI AL-AZHAR

xpernah melawat ke Tanah Arab. xpernah tgk bangunan Al-Azhar. Mungkin ni bangunannye kut :) by G.I.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM UKHWAH.
malam ni tiba2 tringin nk kongsi satu2nya impian yg diidamkan sgt2.. sebenarnya dh lama simpan hasrat nak timba ilmu di Universiti Al-Azhar . entah nak cakap mcm mna, tp mmg rasa rindu sgt2 nk pergi sna. usia Ann msih muda. jadi, masih belum berpeluang untuk mengaji di sana. rindu nak melawat Tanah Arab jugak..rindu nk terokai kehidupan di sana dan melawat tempat Rasulallah SAW..wahhh...rindunya!


 Readers, kalau anda pelajar di sana, sudilah berkongsi dengan saya yang masih belajar di sekolah menengah ;)
Readers yg lain, klu ada apa2 hendak dikongsi bersama, komenlah ;)

May Allah Bless Us ~


Tuesday 29 November 2011

COUPLE ISLAMIC (JOURNAL)

Gambar hiasan yang diedit yah :)
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM UKHWAH :)
nampak je tajuk terus pupuk minat ingin membaca ya? :)
baiklah..entri ni bukan Ann taipkan satu per satu.. Ann nak kongsi ilmu yg Ann dpt drpd slh seorg rakan Blogger.. Readers boleh view dan ikuti blognya..
TETAPI sebelum tu, Ann nak bg hint entri untuk naikkan minat Readers untuk baca.. :)

Hint :

Pasangan - cinta - A-Quran - Qiamullail - Muallaf - Khinzir

nah..mesti terkejut tengok hint terakhir tu. ha..jgn salah faham pulak :) ~
maka itu, klik sini untuk menerjah tentang ni-->  
COUPLE ISLAMIC (asli)

Selamat membaca :)


****************************************************
Senyum Santai ~
 





**BUTTON FOLLOW TIBA-TIBA BERMASALAH

Okeyh..ni Twitter tp burungnye cute..tp Ann xpandai gune Twitter..Ann biarkn Twitter Ann tergendala..hehe
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM UKHWAH.. ;)
malam ni santai2 sj bersama Ann.. sj nk kongsi benda yg buatkn Ann suspen sangat2 ni.. buka2 blog, tinjau Shoutmix Ann, tgk2, ada visitor Zila98 (thanx ya, Zila :) ) bagitau ''mcm mne nk follow?''.. Ann hairan la kenape..tgk2 FOLLOW BUTTON hilang..waaaaaaaaaaaaaa......Ann benar2 takut lah..haha...jd gelabah kut..hihi...Ann xleh lah lau ade perkara2 mcm ni berlaku..menakutkn..
lepas tu, Ann minta tolong kwn baik Ann jadi Doktor Blog kejap..
terkejut bile dea tanya, ''kenape byk sgt widget?''
~.~ ohh...rupe2nye widget2 ni yg mengganggu button follow ni..**ish..nk ganggu pun, ganggu la yg lain..jgn button follow..mahal tuh..** haha..
jadi, Ann buang dan buang dan buang dan buang hingga ke akhirnya...
ermm pling sedih kena buang widget ''Love''...widget 2 sumber inspirasi..nampaknya Ann kena cri bnd lain untuk gantikannya :)
tu je...nampak sangat santai kan..? alaa...skdar isi msa lpg dgn bual2 kosong..xnk jd blogger sombong :)
AdioOs!!
waha...bru dpt peluang nk ltk gmbr ni..haha

 ***************************************************************************************
PESANAN : KALAU BUTTON FOLLOW ADE PROBLEM, FOLLOWLAH BLOG ANN DENGAN TEKAN ''JOIN THIS SITE'' TUH.. :) selamat bergembira! :)

info for new bloggers : this is the follow button backup :)


Monday 28 November 2011

Ann ditag oleh : Nurina Izzati

Contest: Azam Smart Maal Hijrah by DRC & CTK 

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA :)



1 Muharram 1433H@27 November 2011. Ya, hari ini merupakan tahun baru Hijrah. Tahun baru Islam. Kalendar Hijrah bermula dari tarikh Rasulullah dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Kota Madinah. Peristiwa ini adalah satu peristiwa besar yang sungguh mengharukan. Perjalanan hijrah tersebut mengambil masa selama lapan hari dan sepanjang 320 kilometer.

Hijrah dalam bahasa arab bermaksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat yang lain. Tetapi hijrah bagi saya, adalah meninggalkan segala unsur-unsur negatif dan menukarkannya kepada yang positif.


Bukan senang sebenarnya untuk meninggalkan sikap atau tabiat buruk yang memang telah lama berada dalam diri masing-masing. Namun saya percaya, kita sebenarnya boleh. Kita perlu berazam dan bersungguh-sungguh untuk berubah ke arah yang lebih diredhai Ilah supaya dapat terus menaikkan imej Islam ke serata dunia. InsyaAllah, seandainya kita menolong agama-Nya, Allah pasti akan menolong kita.

Jadi di sini saya ingin menyeru anda beramai-ramai, untuk menyertai satu contest anjuran DRC dan CTK. Motif contest ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap bloggers untuk mempunyai satu azam sempena maal hijrah. 

Anda mempunyai azam tahun baru? Tulislah di entry anda sambil menyertai contest ini. Anda boleh baca syarat-syarat penyertaan di blog CTK atau DRC. Saya juga turut tidak mahu melepaskan peluang bila terjumpa contest ini di blog abang DRC.

Sumber penulisan : Nurina Izzati
*****************************************************************************************


p.s. : Ann segan la nak kongsi azam Ann.. Ann berani promosikan je..hihi ;)



VERY BEAUTIFUL SONG : I BELIEVE - IRFAN MAKKI ft MAHER ZAIN

ASSALAMUALAIKUM and HELLO Readers.. :)
okeyh, just wanna share a beautiful song with lyrics (below d video) by Irfan Makki and Maher Zain. Hope you love it too. Enjoy ! :)

featuring Maher Zain
IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus
 I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

Reference : CLICK HERE
 

**MY LIKE PAGE ON FACEBOOK?

okeyh, perasan..whom goin to like my page? such an ordinary unknown girl ~,~
ASSALAMUALAIKUM and HELLO Readers ;)
well, i just finish create another page named Silent Pearl's Blog..actually its for non-bloggers / those who dont hve Google acc to follow my ordinary unknown blog..
okeyh..everything is up to u..wanna like or follow, its ur choice..as long as ur blogwalking..toodles ;)
d like button is located above d shoutmix (fyi)..
okeyh, adios!


THE WORLD NEEDS MORE POSITIVE PEOPLE, PERHAPS THE ONE LIKE YOU :) - Mat Lutfi

Gambar hiasan je ;)



ASSALAMUALAIKUM and HELLO readers ;)
kita rojaklah kali ni...dh abs sekolah, mari sma2 memperkasakn bahasa mulut ;) *dont try this during exams..huhu*
okeyh Readers sekalian, sj santai2 nk kupas serba sdkit psl tajuk post ni..
cuti sekolah ni, seyesly mmg Ann sgt2 bosan..xdpt pergi bercuti lg...sdg menghitung hari utk hadapi peperiksaan MRSM..**mcm mne ek bentuk soklan nye?**
okeyh..sambil2 2, Ann lawatlah Google, Youtube and Facebook(most visited.hihi). kononnya mengisi masa lpg..
Ann buka video kt Youtube..kdg2 video tempatan.. ade satu video temptn yg Ann buka, sj bace2 komen..sdih jgk bace komen2 org kite yg xmenyenangkn wpun btul..mksud Ann, ''giving advice without following the rules''..**Readers pun dpt nilai jgk kan ? :)**

contoh cenni:
''hey $!@L, pakai la tudung! ko taw haram tyg rambut! 8@ng@ng!''
pembetulan : ya..mmg hrm tapi.........cube renung balik :
Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imanya : orang yang suka mengecam, suka melaknat, yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut. (HR Ahmad)*sumber Diari Islam 2011*
pepatah org putih pulak ckp mcm ni,
the blind leads the blind.
melayu pulak mcm ni,
bagai ibu ketam mengajar anak ketam berjalan lurus.

hurm..mcm mne nk berkesan utk tgur org sdgkn kita sendiri xtgur diri kita..lau maki hmun centu, xbest lah.. xbest didengar , xbest disebut dan paling xbest sgt2 kalau non-muslims akn slh definisi tentang Islam..
**Ann bace un sedih n malu lah Readers..Readers pulak mcm mne?.. :-/

anyway, kalau maki dkt org yg bt salah, bukn mcm maki diri kite balik ke? hihi..
sebab 2 timbul situasi mcm ni:
orang A : ''$!@* gile! pakai baju mcm nk telanjang je! xmalukah?! free je dpt dosa. >:(''
orang B : ''yg ko pakai tudung pin blkang leher ketat2 tu apehal lak? nak tegur org, care elok lah 80d0*''
~dan tercetus pertelingkahan~ T_T

paling xleh blah situasi mcm ni :
*seseorg yg xjg solat, xbertudung, berpakaian seksi sdg mengutuk artis bukn Islam yg menghina agama*
''!@#$!$@#$@43234!$@#12#!@#545@#31...!! aku anti ***! hina agama aku!''
erm..lau kite bce un xsenang kan? pengutuk tidak melaksanakn hukum Allah tp mengutuk org yg menghina agama..T_T

**ade pepatah..org bling batu kt kita, kita bling batu blik..bukankh akn timbulkn permusuhan?**
sbb 2 bila org lempar batu kt kita, kita bls dengan kurma.. :)

ha...nah..baca entri psl ni kt blog seorg senior yg matang pemikirannya : Tekan Sini ; Agaknya Bagus Kot Mencarut..
nieyh..salah satu ayt menarik dlm entrinya :
BALASLAH KEBAIKAN DENGAN LEBIH BANYAK KEBAIKAN....DAN BALASLAH KEBURUKAN DENGAN KEBAIKAN! Inilah kemuliaan akhlak!

er..ape lagi ya nk dikatakan? hurm...hanya entri yg ringkas..lau ada ilmu lg, Ann kongsikan..
nah..enjoy video Mat Lutfi ni :)
 
best ending :  THE WORLD NEEDS MORE POSITIVE PEOPLE, PERHAPS THE ONE LIKE YOU :) - Mat Lutfi
*****************************************************************************************
Renungan untuk entri kali ini :
Tak semestinya yang bertudung itu baik,
tetapi yang baik sudah tentu bertudung..

p.s. : lau nampak sesuatu keburukan, itu merupakan ujian untuk kita..ujian yang Allah berikan untuk menguji tahap keimanan kita..
jadi, seeloknya2, bila nampak ssuatu kburukan, jgnlah trlalu berfikiran negatif tetapi doakn mudah2an akn berubah jd kebaikan..InsyaAllah..seandainya kita nampak keburukan, jgn trus tgur scra melulu, sebaiknya kita ubah diri kita dlu...bak kata org, strategi berdakwah ;)
Wallahualam :) *maaf seandainya ada terkilan di mana-mana*

Sunday 27 November 2011

**BARBIE AND ME

Isn't she lovely? ;)
ASSALAMUALAIKUM and HELLO readers ;)
well, quite missing English language so quickly start posting..huhu..
today's topic is everything bout BARBIE.. im telling you guys, u might wanna know her, she's totally gorgeous ;D ..evry girl loves Barbie..well, if there r some dislikes, i bet they're just a bunch... ^.^v *jokes*

Talking bout Barbie, hurm..her identity...check here, Wikipedia is everything ;D --> CLICK HERE IF YOU WANNA KNOW BARBIE'S HISTORY .

okeyh..so now lets jump to the Movie Screen ..WOOT2!! (list are not arranged but the latest is PRINCESS CHARM SCHOOL) :




















**WOO....cant believe i've done watching all these movies ! -except for Fashion Fairytale and Christmas Carol- T_T (when will i gt d chances ya??)

THE DOLLS...~
when i was a kid, i owned 11+ Barbie dolls as i remember..(?)
and my sister owned .... er..cant even remember ~.~
but im still d winner of collecting barbie...*so long sista..hehe :D*
some of d barbies tht we owned (from d movies) :
Barbie and Magic Pegasus.*tht stick has light button.hihi ;)*
(from Left) Sista , Mine..*i wonder where could be tht cat and dog..theyre found missing..huhu*
ok..just three..
i'll add more tht not from d movies n available on google image.surely not all ;D
the purple tail is my sista's..*the coloured hair can change colour ,dude dUE to the temperature.. ;D*
very hard to search this on G.I..huhu..its mine.miss you! .haha
sista's..*cut3*

sista's..*colour3*
cant remember whose but we're collecting this fashion fever..*her hair suppose to be curly..huhu*
she suppose to have long hair..huhu
okeyh...cant rmmbr all..but there still more..haha..
okeyh..myb till here..my brother will kick me out coz using his pc..huhu.. okeyh then, till we meet again..
enjoy my fav barbie songs :
TWO VOICES ONE SONG

TOP OF THE WORLD

**********************************************************************************
qUoTes For ThiS pOst :
THERE'S A PRINCESS IN EVERY GIRL - BARBIE PRINCESS CHARM SCHOOL ^^