artikel jurnal kedua utk blog saya ni, sy hendk memaparkan cara MERAWAT ANAK YANG SUKA MEMBERONTAK (bhg.1)..ada smbungn di bahagian 2..
artikel ini dikongsi brsama ukhti Khalilah ;)
*selamat membaca dan mengambil pengajaran*
Soalan :
assalamualaikum akak. akak, saya ada seorang adik.. adik saya ni jenis memang payah nak belajar.. asal suruh belajar or nak buat tuition,mesti pergi tidur or busykan diri dengan entertainment.. bila dah duduk kat meja study dan kita nak ajr dia, dia buat muka masam, malas nak tanya, malas nak cakap.. jadi kita yg mengajar ni pun rasa macam kecewa sikit..sebab tak dapat respon yg baik..kadang2 boleh dtangkan marah..bila marah 2 dah nak timbul, jadi terpaksa henti mengajar sebentar.. saya dan ibu bapa dapati yang dia kurang minat dalam belajar n timba ilmu..dah mcm cara buat tapi masih macam 2..perkara ni dah lama berlaku n kesan sampai ke hari ni.. jadi akak, mcm mna nk trik minat dea utk bljar? dia trlalu banyak kecundang dalam entertainment.. dia memang tak fokus langsung dalam pelajaran n hal2 sekolah.. dah lama dah dia jadi macam ni.. kalau bercakap, takpandai nak jaga tone suara menyebabkn hati boleh trsentuh..kelakuan dia pun kurang enak macam duduk tak sopan walaupun depan ahli keluarga yang lai.. memang degil..bila tgur je, dia cakap tak sayang dia, nak lari dari rumah n macam2.. sebenarnya, apa yg bt dia jd centu? n macam mana nak tarik minat dia untuk belajar? mohon pertolongn sgt2
Jawapan :
Waalaikumussalam adik… Alhamdulillah, akak sangat terharu dan gembira kerana adik merupakan seorang kakak yang sangat prihatin. Sukar hendak mencari kakak yang prihatin. Semoga Allah menyayangi adik dan memberikan hidayah-Nya kepada adik sekeluarga.
Sejujurnya akak tak dapat nak menilai dengan tepat sebab akak tak jumpa insan yang diperkatakan ni secara depan-depan. Apapun inshaallah akak cuba berkongsi sedikit. Kes adik ini tidak pelik. Akak selalu terima luahan perasaan daripada ibu bapa tentang anak-anaknya yang bersikap macam ini. Tetapi ini kali pertama akak terima luahan seorang kakak tentang adiknya. Saya sungguh terharu! :) Subhanallah.....
Adik, Sebanyak mana hati insan sekeliling yang disakiti oleh anak itu, ketahuilah hati anak anak itu lebih sakit sebenarnya. Jadi pada pandangan akak, ada dua perkara penting untuk dilakukan.
1) Bagaimana Merawat Hati Yang Sakit?
a) Jaga makanan, minuman, pendengaran dan penglihatan
Untuk merawat penyakit hati, ianya bermula daripada apa yang anak itu makan, minum, dengar dan lihat. Makan, minum, mendengar dan melihat perkara yang haram akan menyebabkan hati menjadi keras. Tanda-tanda hati yang keras ialah sukar menerima kebaikan dan suka terhadap keburukan. Tingkahlaku menjadi kasar. Panas baran. Cepat melatah apabila ditegur. Apakah makanan dan minuman yang haram? Ianya adalah makanan dan minuman yang sahih pengharamannya seperti arak dan babi atau makanan yang minuman dibeli menggunakan wang yang tidak halal. Contohnya ibu bapa yang bekerja tidak amanah dengan claim duit melebihi yang sepatutnya, ponteng waktu kerja, menerima rasuah atau apa-apa sahaja perbuatan yang mengambil hak orang lain akan menyebabkan rezeki yang dibawa balik untuk anak-anak menjadi haram.
Akak tahu tidak mudah untuk menegur ibu bapa dalam hal ini. Apa yang boleh adik lakukan ialah banyakkan berdoa supaya Allah memberi rezeki yang halal dan berkat kepada keluarga adik. Sekiranya adik beroleh kekuatan, berikan nasihat kepada ibu dan ayah, namun pastikan jangan sampai mereka tersinggung. Berdoalah kepada Allah supaya Allah memberi hidayah kepada keluarga adik. Apakah mendengar dan melihat yang haram? Mendengar sesuatu atau melihat sesuatu yang mana boleh menyebabkan hati menjadi lalai. Contohnya melihat aurat manusia lain, mendengar lagu memuja manusia dan membaca perkara berunsur lucah. Maksiat-maksiat ini akan memberi titik-titik hitam kepada hati. Apabila hati sudah gelap, sukarlah rahmat Allah untuk turun kepadanya lalu hidupnya dirasakan terumbang ambing. Jiwanya kacau. Rasa terancam. Sentiasa ketakutan. Paranoid (bersangka buruk). Buktinya mudah, sering sahaja dia akan merasakan dirinya tidak disanyangi. Semua rasa-rasa itu adalah kerana jauhnya seseorang itu daripada Allah.
b) Jaga Perintah Allah yang Wajib
Perintah paling utama yang wajib dilaksanakan ialah solat lima waktu sehari. Menjadi kewajipan ahli keluarga untuk saling mengingatkan ahli keluarganya yang lain. Orang yang tidak bersolat, segala amalan baiknya yang lain tidak akan diterima oleh Allah. Hukuman untuk orang yang tidak bersolat sangat pedih di akhirat. Hukuman itu diawalkan di dunia lagi. Hidup mereka kucar-kacir, tunggang langgang dan jiwa mereka sentiasa berkeluh kesah. Hati mereka sentiasa dalam kesakitan. Mereka terdedah kepada pelbagai risiko penyakit jiwa yang boleh menyebabkan gila. Perintah Allah yang wajib dilaksanakan bagi seorang perempuan ialah menutup aurat dengan sempurna. Adik, kita menutup aurat bukan sebab mak ayah, bukan sebab cikgu sekolah, bukan sebab fesyen atau apa sekalipun. Kita menutup aurat kerana itu perintah Allah. Hamba yang membuka auratnya adalah hamba yang derhaka. Seorang penderhaka akan dihukum dengan jiwa yang sengsara oleh Penciptanya.
2) Bagaimana Mahu Memberi Nasihat?
Hati manusia itu milik Allah. Memberi nasihat itu sememangnya tidak mudah. Adakalanya ianya dibalas dengan kutukan dan pukulan. Itu normal. Tapi adik jangan berputus asa. Teruskanlah memberi nasihat. Kita tidak boleh jemu dalam dua perkara. Pertama ialah memberi nasihat. Kedua ialah berdoa. Kita tidak berdaya untuk mengubah manusia lain. Yakinlah Allah mampu mengubah dirinya, maka jangan berhenti meminta kepada Allah supaya memberi dia hidayah. Selagi kita hidup, teruskanlah berdoa kepada Allah secara berterusan. Semoga kalaupun dia tidak berubah semasa kita hidup, harap-harap dia akan berubah setelah kita tiada lagi.
3) Bagaimana Teknik Mengajar Anak Yang Memberontak?(bhg.2)
KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment